Salam Ramadhan Kareem 1435H


Dengan Ramadhan yang berbaki ini, 
ayuh melangkah dan berlari, 
kerjakan ibadah wajib dan sunat, 
Agar dikurniakan Allah dengan rahmat.

dengan Ramadhan yang berbaki ini,
ayuh melangkah dan berlari,
tanamkan niat dan teguhkan azam,
untuk qiyam , tahajud di sepertiga malam.

dengan Ramadhan yang berbaki ini,
ayuh melangkah dan berlari,
pohon keampunan dari Maha Pencipta,
agar hidup ini lebih bermakna

dengan Ramadhan yang berbaki ini,
ayuh melangkah dan berlari,
tarbiyyah sebulan usah dilupai
berusaha , berterusan , berkekalan,  untuk diri diredhai.

ayuhlah umat Islam...
ayuhlah umat Islam...
ayuhlah umat Islam...
dengan Ramadhan yang berbaki ini.


Muhd Fariz Ismail
21 Julai 2014




Comments

Popular posts from this blog

Kajian Lapangan di Institut Biodiversiti Kebangsaan, Bukit Rengit, Pahang dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Pahang

Kursus Papan Tanda Akrilik

Karnival Sains & Teknologi Peringkat Negeri Sembilan 2012