Posts

Showing posts from October, 2013

Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Guru 2013

Image
Pada 22 hingga 24 Oktober 2013 bertempat di Hotel Le Granduer, Senai, Johor telah berlangsung konvensyen peringkat kebangsaan berkaitan pendidikan guru yang telah dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) Kementerian Pendidikan Malaysia. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan, Timbalan Menteri Pendidikan 2.  Konvensyen ini disertai oleh para pensyarah dari IPTA, IPTS, IPG, kolej matrikulasi, kolej komuniti, JPN, PPD dan sekolah di seluruh Malaysia. Sebanyak 28 buah kertas kerja telah dibentangkan. Pembentang ucap utama adalah Prof Lee Sin Kong, Pengarah National Institute of Education, Singapura. Saya juga telah membentangkan satu kertas kerja yang berkaitan dengan Sains dan murid-murid dalam konvensyen ini. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan ramai kenalan-kenalan baru yang saya perolehi semasa konvensyen ini berlangsung.  Konvensyen ini telah ditutup rasmi oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Abd Ghaf