Seminar Internasional Pascasiswazah Pendidikan Khas UKM-UPI-SEAMEO SEN 2014


Pada Rabu, 25 Januari 2014 bertempat di Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia , saya dan beberapa orang rakan telah menyertai Seminar Internasional Pascasiswazah Pendidikan Khas UKM-UPI-SEAMEO SEN Siri 4 bagi tahun 2014. Seminar itu telah disertai oleh ramai peserta dari Malaysia dan Indonesia. Alhamdulillah, saya dan beberapa rakan telah menghadiri seminar itu untuk membentangkan kertas kajian berkaitan pendidikan khas di sekolah. Seminar itu telah dirasmikan oleh Timbalan Dekan Fakulti Pendidikan UKM dan dihadiri wakil-wakil SEAMEO SEN dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Cambodia, Brunei dan Laos. Seminar pada kali ini sangat baik dan memberikan pelbagai ilmu baru yang boleh digunakan bagi diadaptasi oleh semua warga pendidik. Insha Allah..


Dari kiri ; Hj Hamdan Zainal Afuad, En. Ismail Saliyan dan En Zulkefli Ahmad di kain rentang seminar.


Dua orang rakan dari pensyarah di Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGK Temenggong Ibrahim Johor



Sebagai kenangan sebelum sesi pembentangan dan forum


Panel forum yang dipengerusikan oleh Prof. Dato' Dr Zalizan Mohd Jelas bersama wakil SEAMEO SEN dari rantau ASEAN.


Wakil dari Jabatan Ilmu Pendidikan, Dr Wan Noorsiah dan Cik Marina turut sama hadir membentangkan kajian mereka


Ketika membentangkan kajian di bilik Gerak Minda 2 , Fakulti Pendidikan UKM


Sedang memberikan penerangan berkaitan inovasi yang dihasilkan


 




Comments

Popular posts from this blog

Kajian Lapangan di Institut Biodiversiti Kebangsaan, Bukit Rengit, Pahang dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Pahang

Kursus Papan Tanda Akrilik

Karnival Sains & Teknologi Peringkat Negeri Sembilan 2012