Posts

Showing posts from June, 2013

Inovasi Baru | Pelajar cipta lampu kulit kayu manis - Nasional ( Sumber : Sinar Harian )

18 Jun 2013 GEORGETOWN - Sekumpulan pelajar Tingkatan Lima dari Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang, Sungai Dua, dekat sini mempamerkan kreativiti tersendiri dengan mencipta lampu kulit kayu manis untuk dipertandingkan di Konvensyen Program Usahawan Muda ke-15 peringkat negeri di sini hari ini. Dibarisi Nashrul Iylmi Mohd Noor, Siti Aisyah Ahmad dan Mohd Yazid Jumanat, hasil inovasi itu memenangi anugerah produk terbaik menewaskan 42 sekolah lain yang berentap dalam konvensyen anjuran Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan Jabatan Pelajaran Pulau Pinang itu. Ketua kumpulan itu, Nashrul Iylmi berkata lampu yang diberi nama 'D3 Romantika' itu diperbuat daripada kertas berasaskan kulit kayu manis dan daun pandan serta dapat memberi aroma yang istimewa sebaik sahaja dipasang. "Kertas ini sangat keras dan tahan lama. Kami buat sendiri kertas itu guna campuran kulit kayu manis, daun pandan dan beberapa bahan semula jadi lain serta tidak guna baha