Posts

Showing posts from January, 2014

Seminar Internasional Pascasiswazah Pendidikan Khas UKM-UPI-SEAMEO SEN 2014

Image
Pada Rabu, 25 Januari 2014 bertempat di Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia , saya dan beberapa orang rakan telah menyertai Seminar Internasional Pascasiswazah Pendidikan Khas UKM-UPI-SEAMEO SEN Siri 4 bagi tahun 2014. Seminar itu telah disertai oleh ramai peserta dari Malaysia dan Indonesia. Alhamdulillah, saya dan beberapa rakan telah menghadiri seminar itu untuk membentangkan kertas kajian berkaitan pendidikan khas di sekolah. Seminar itu telah dirasmikan oleh Timbalan Dekan Fakulti Pendidikan UKM dan dihadiri wakil-wakil SEAMEO SEN dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Cambodia, Brunei dan Laos. Seminar pada kali ini sangat baik dan memberikan pelbagai ilmu baru yang boleh digunakan bagi diadaptasi oleh semua warga pendidik. Insha Allah.. Dari kiri ; Hj Hamdan Zainal Afuad, En. Ismail Saliyan dan En Zulkefli Ahmad di kain rentang seminar. Dua orang rakan dari pensyarah di Jabatan Ilmu Pendidikan, IPGK Temenggong Ibrahim Johor Sebagai kenangan sebelum sesi pem

Persidangan Meja Bulat "Pendidikan dan Kesedaran Alam Sekitar : Penelitian dan Pemantapan Modul dan Kurikulum Menerusi Pendekatan Agama

Image
Pada Selasa 12 November 2013, satu persidangan meja bulat berkaitan Pendidikan dan Kesedaran Alam Sekitar telah diadakan di Dewan Besar Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) . Persidangan selama sehari itu telah menampilkan YBhg. Prof. Dato' Dr Abd Latiff Mohammed, Pengerusi WWF Malaysia selaku pengerusi persidangan. Panel pembentang kertas kerja terdiri daripada YBhg. Prof Datin Dr Azizan bt Baharudin (Timbalan Pengarah IKIM), Cik Rosmidzatul Azila bt Mat Yamin (Pegawai Penyelidik Kanan IKIM),  Cik Noorsiha binti Ayob, Pegawai Penyelidik Kanan,  Program FRIM-WHS-UNESCO, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia  (FRIM) dan  Encik Abu Bakar bin Yang Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Wakaf Selangor. Persidangan dimulakan oleh YBhg. Prof. Dato' Dr Abd Latiff bin Mohammed. Pengerusi WWF Malaysia Backdrop Persidangan Meja Bulat Bersama Cikgu Ismail Saliyan yang turut sama menyertai Persidangan Meja Bulat ini Persidangan ini bertujuan meneliti dan m