Posts

Showing posts from July, 2014

Salam Ramadhan Kareem 1435H

Image
Dengan Ramadhan yang berbaki ini,  ayuh melangkah dan berlari,  kerjakan ibadah wajib dan sunat,  Agar dikurniakan Allah dengan rahmat. dengan Ramadhan yang berbaki ini, ayuh melangkah dan berlari, tanamkan niat dan teguhkan azam, untuk qiyam , tahajud di sepertiga malam. dengan Ramadhan yang berbaki ini, ayuh melangkah dan berlari, pohon keampunan dari Maha Pencipta, agar hidup ini lebih bermakna dengan Ramadhan yang berbaki ini, ayuh melangkah dan berlari, tarbiyyah sebulan usah dilupai berusaha , berterusan , berkekalan,  untuk diri diredhai. ayuhlah umat Islam... ayuhlah umat Islam... ayuhlah umat Islam... dengan Ramadhan yang berbaki ini. Muhd Fariz Ismail 21 Julai 2014