Posts

Showing posts from November, 2013

Majlis Penyampaian Sijil Pensyarah IPGM Kampus-kampus Zon Selatan 2013

Image
Pada Isnin 7 Oktober 2013 bertempat di IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka, telah berlangsung Majlis Penyampaian Sijil Pensyarah IPG Kampus Zon Selatan. Majlis ini telah disempurnakan oleh Rektor, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Tuan Sulaiman bin Wak. Kira-kira 100 orang pensyarah dari IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, IPG Kampus Raja Melewar, Seremban dan IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka telah menerima sijil pada hari tersebut.  Majlis ini turut dihadiri oleh para pengarah, timbalan-timbalan pengarah, mentor-mentor, penyelaras-penyelaras kursus dari keempat-empat IPG tersebut. Semoga semua dapat berkhidmat dengan lebih dedikasi dan berjaya pada masa akan datang. Bersama Pengarah IPGKTI, Tuan Haji Mohd Said bin Hasran dan Penyelaras Kursus, Tuan Haji Yusof bin Osman. (Gambar ihsan :  http://yusofbestari.blogspot.com/  )