Persidangan Meja Bulat "Pendidikan dan Kesedaran Alam Sekitar : Penelitian dan Pemantapan Modul dan Kurikulum Menerusi Pendekatan Agama

Pada Selasa 12 November 2013, satu persidangan meja bulat berkaitan Pendidikan dan Kesedaran Alam Sekitar telah diadakan di Dewan Besar Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) . Persidangan selama sehari itu telah menampilkan YBhg. Prof. Dato' Dr Abd Latiff Mohammed, Pengerusi WWF Malaysia selaku pengerusi persidangan. Panel pembentang kertas kerja terdiri daripada YBhg. Prof Datin Dr Azizan bt Baharudin (Timbalan Pengarah IKIM), Cik Rosmidzatul Azila bt Mat Yamin (Pegawai Penyelidik Kanan IKIM), Cik Noorsiha binti Ayob, Pegawai Penyelidik Kanan,  Program FRIM-WHS-UNESCO, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia  (FRIM) dan Encik Abu Bakar bin Yang Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Wakaf Selangor.



Persidangan dimulakan oleh YBhg. Prof. Dato' Dr Abd Latiff bin Mohammed. Pengerusi WWF Malaysia


Backdrop Persidangan Meja Bulat


Bersama Cikgu Ismail Saliyan yang turut sama menyertai Persidangan Meja Bulat ini

Persidangan ini bertujuan meneliti dan membahaskan keperluan pendidikan alam sekitar diterapkan sebagai salah satu mata pelajaran secara berasingan dari kurikulum pembelajaran di sekolah. Di samping itu, persidangan ini turut mengetengahkan pendekatan Islam dalam memastikan pendidikan alam sekitar lebih berkesan kepada masyarakat dan mengenalpasti saranan-saranan yang sesuai untuk memantapkan lagi mutu pendidikan alam sekitar agar tahap kesedaran dalam kalangan masyarakat dapat dipertingkatkan.

Comments

Popular posts from this blog

Kajian Lapangan di Institut Biodiversiti Kebangsaan, Bukit Rengit, Pahang dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Pahang

Kursus Papan Tanda Akrilik

Karnival Sains & Teknologi Peringkat Negeri Sembilan 2012