Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Guru 2013

Pada 22 hingga 24 Oktober 2013 bertempat di Hotel Le Granduer, Senai, Johor telah berlangsung konvensyen peringkat kebangsaan berkaitan pendidikan guru yang telah dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) Kementerian Pendidikan Malaysia. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Tuan P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan, Timbalan Menteri Pendidikan 2. 

Konvensyen ini disertai oleh para pensyarah dari IPTA, IPTS, IPG, kolej matrikulasi, kolej komuniti, JPN, PPD dan sekolah di seluruh Malaysia. Sebanyak 28 buah kertas kerja telah dibentangkan. Pembentang ucap utama adalah Prof Lee Sin Kong, Pengarah National Institute of Education, Singapura.

Saya juga telah membentangkan satu kertas kerja yang berkaitan dengan Sains dan murid-murid dalam konvensyen ini. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan ramai kenalan-kenalan baru yang saya perolehi semasa konvensyen ini berlangsung. 

Konvensyen ini telah ditutup rasmi oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Abd Ghafar bin Mahmud melalui wakil rasmi beliau iaitu Dato' Misrah bin Hj Ibrahim, Ketua Jemaah Nazir, Kementerian Pendidikan Malaysia.


YB Menteri Pendidikan 2 sedang menyampaikan ucapan perasmian 



Pembentang ucap utama, Prof. Lee Sin Kong, Pengarah NIE Singapura



Pembentangan selari oleh para pembentang





Menerima cenderamata dan sijil setelah selesai sesi pembentangan




Antara inovasi yang dihasilkan oleh peserta pertandingan inovasi peringkat kebangsaan


Inovasi EzyDraw oleh seorang guru Kemahiran Hidup dari Perak

Comments

Popular posts from this blog

Kajian Lapangan di Institut Biodiversiti Kebangsaan, Bukit Rengit, Pahang dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Pahang

Kursus Papan Tanda Akrilik

Karnival Sains & Teknologi Peringkat Negeri Sembilan 2012