15 Mei ~ Hari An-Nakbah Palestin, 65 tahun berlalu..


Sumber gambar : Laman Web Aqsa Syarif Berhad di http://www.aqsasyarif.org.my/v3/

Umum mengetahui Palestin merupakan sebuah negara yang sedang dicabuli oleh rejim Zionis Israel dengan rakus dan angkuhnya. Sedikit demi sedikit bumi Palestin dirampas dan warga Palestin diusir dengan tanpa rasa belas kasihan tanpa mengira umur dan jantina. Kanak-kanak, warga tua malahan kaum wanita dilayan dengan kasar dan kejam. Rumah dan bangunan hancur dibom dan digempur oleh tentera Zionis seolah-olah perilaku mereka itu halal bagi mereka. Peristiwa ini saban hari kita dengar di media-media massa dengan kejadian pengeboman, pertempuran dan pelarian berlaku di wilayah Timur Tengah itu. Peristiwa ini turut menarik perhatian rakyat dunia yang memberikan pelbagai reaksi terhadap tindakan keterlaluan rejim Zionis Israel kepada rakyat Palestin. 
Di Malaysia, antara organisasi yang aktif dalam gerakan membantu rakyat Palestin adalah Aqsa Syarif yang diketuai oleh Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor. Aqsa Syarif telah mengadakan beberapa program dan tindakan bagi membantu rakyat Palestin dari pelbagai aspek hasil bantuan dan sumbangan rakyat Malaysia. Ikuti teks penuh perutusan Presiden Aqsa Syarif Sempena Peristiwa An-Nakbah bagi Tahun 2013 . Sila klik di pautan ini.











Comments

Popular posts from this blog

Kajian Lapangan di Institut Biodiversiti Kebangsaan, Bukit Rengit, Pahang dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Pahang

Kursus Papan Tanda Akrilik

Karnival Sains & Teknologi Peringkat Negeri Sembilan 2012