| 1 Hari , 1 Ayat Al-Quran | ~ Surah An-Nisa' : Ayat 82


Surah An-Nisa' , Ayat 82

Maksudnya :

" Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya."

Pengajaran ayat :


1. Allah memerintahkan agar umat manusia mengikut dan menuruti segala kandungan yang ada dalam Al-Quran tanpa mengambil sedikit dan meninggalkan sedikit yang lain.

2. Al-Quran adalah datangnya dari Allah swt dan bukannya dari hasil tulisan manusia.

3. Sekiranya A-Quran ini merupakan hasil tulisan manusia, nescaya akan terdapat percanggahan dan ketidakpastian malah mungkin kesalahan dalam penulisan. Justeru, Kita wajib mempercayai bahawa Al-Quran yang sempurna ini datangnya dari Allah yang disampaiakan kepada manusia melalui Nabi Muhammad saw.

4. Sebagai muslim, kita wajib mempelajari isi Al-Quran dan mengamalkan dalam kehidupan seharian kerana Al-Quran merupakan panduan bagi umat Islam di dunia ini.


Pengajaran yang dinyatakan di atas adalah pandangan dan refleksi saya. Saudara/saudari boleh juga memberikan komen dan refleksi sebagai tambahan bagi memberi nilai tambah dalam entri ini. Semoga bermanfaat buat semua



" ISLAM : Selamat & Menyelamatkan "



Comments

Popular posts from this blog

Kajian Lapangan di Institut Biodiversiti Kebangsaan, Bukit Rengit, Pahang dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Pahang

Kursus Papan Tanda Akrilik

Program Pendidikan Biodiversiti SMK Panchor 2011