Posts

tes teach : RUKUN ISLAM

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Insha Allah. Di dalam kiriman terbaharu ini, saya kongsikan satu alat pembelajaran yang menggunakan aplikasi TES TEACH yang boleh menjalankan aktiviti secara interaktif untuk anak-anak bagi tajuk "RUKUN ISLAM" .  Aktiviti ini sesuai untuk anak-anak peringkat awal seperti di tadika, prasekolah atau tahap 1 malah semua peringkat umur.  Semoga anak-anak beroleh manfaat daripadanya. Untuk mendapatkan maklumat dan pautan lanjut, sila klik pautan ini  tes teach : RUKUN ISLAM

7 PERKARA INI PERLU DIJAGA OLEH ORANG MUKMIN AGAR MANTAP IMANNYA

Image
Hujan yang turun dengan lebat petang itu memang dijangka. Seawal jam 4 petang kelihatan langit kelihatan gelap terkandung molekul-molekul H 2 0 yang menunggu masa tercurah membasahi bumi Serdang. Hmmm.....  Macam ‘skema’ pulak ayat kat atas ni. Hehehe.... Saya melewati satu kawasan di Jalan Reko yang kelihatan kotor kerana banjir lumpur kilat yang baru surut. Syukurlah tak lalu masa banjir berlaku. Penuh dengan tanah merah di atas jalan raya. Nak pendekkan cerita, kereta memang dipalit lumpur sana-sini lah. Memang musim hujan sekarang ni. Asal petang , hujan... Asal petang, hujan...  Terdetik juga di dalam hati ini , kenapalah aku lalu sini, dah kotor kereta ... Kalau tak lalu tentu tak kotor tadi.... Haishhhh.... Sampai sahaja di rumah, urus diri dan jamah sedikit makanan, saya duduk dan terpandang kitab Mukashafah al-Kulub, karya Imam al-Ghazali yang telah diterjemahkan di atas meja. Maka , saya ambil dan membelek-belek sehingga terhenti tatkala melihat apa yang dikata

MARILAH MEMBACA : Buku Fiqh Hiburan dan Rekreasi

Image
Kulit hadapan Kulit belakang Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhuwwah. Alhamdulillah, rasa kesyukuran kepada Allah swt dipanjatkan di atas segala kurniaan-Nya kepada kita semua kerana dapat bertemu kembali. Pada entri kali ini, saya ingin berkongsikan salah sebuah buku daripada beberapa buah buku yang saya beli melalui 'online' di PTS Bookcafe. Terima kasih PTS kerana menganjurkan diskaun hebat yang membolehkan saya berjimat di samping tidak perlu membayar kos penghantaran.  Buku Fiqh Hiburan dan Rekreasi ini menarik minat saya apabila saya melayari Kedai Buku Online PTS  . Buku ini telah ditulis oleh ulama' terkenal iaitu Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Melalui buku yang telah diterbitkan oleh PTS Islamika Sdn Bhd ini, Dr Yusuf Al Qaradhawi telah membicarakan tentang perkara-perkara seperti batasan syarak berkenaan ketawa dan jenaka, hukum berhibur dengan tarian dan tepukan, hukum berhibur dengan drama dan filem, jenis sukan yang dilarang dalam Islam

Tok Guru Dato' Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat (1931-2015)

Image
Khamis, malam Jumaat .. 12 Februari 2015 Seorang ulama' dan pemimpin Islam yang tersohor di bumi Malaysia dan di dunia , iaitu Tuan Guru Dato' Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat telah kembali ke pangkuan Penciptanya. Beliau yang lebih sinonim dengan panggilan Tok Guru merupakan antara pemimpin yang menjadi ikon Islam yang giat menyebarluaskan dakwah dan memperjuangkan Islam di bumi Malaysia khususnya. Keperibadiannya yang zuhud, akhlaknya yang mencontohi para Nabi, kepimpinannya yang disegani, kesederhanaannya , amanah dalam tanggungjawab dan sebagainya menjadi contoh yang perlu diikuti oleh masyarakat Islam . Seingat saya, saya pernah sekali menjejakkan kaki ke halaman rumah beliau dan bersalaman dengan beliau. Walaupun hanya mengenali beliau menerusi media, suratkhabar, berita , buku-buku hasil tulisan beliau, ceramah dan kuliah tetapi hati ini begitu sebak tatkala mengetahui pemergian beliau bertemu Penciptanya. Pada saya, beliau menjadi antara contoh ilmuwan da

Selamat Bertugas Lim Qi Hui & Yap May Chewn (PISMP Sains Ambilan Jan 2011)

Image
Pada lewat petang ini, saya telah dimaklumkan oleh kedua-dua orang bekas pelajar di bawah seliaan saya di IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor bahawa salah seorang daripada mereka telah mengetahui keputusan penempatan guru baharu. Yap May Chewn telah ditempatkan ke Kepong manakala Lim Qi Hui masih menunggu keputusannya. Lim Qi Hui dan Yap May Chewn merupakan bekas pelajar PISMP Sains/Pendidikan Jasmani/Bahasa Cina Ambilan Januari 2011 di IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor. Mereka merupakan pelajar seliaan saya bagi Praktikum 2, Praktikum 3 dan Kajian Tindakan. Banyak pengalaman juga saya dapat dikongsikan bersama mereka sepanjang tempoh tersebut. TAHNIAH! Buat kedua-dua mereka yang akan memulakan tugas secara rasmi sebagai seorang pendidik . Semoga segala ilmu dan pengalaman yang telah ditimba sepanjang berada di IPGKTI akan dapat digunakan sepenuhnya di sekolah. Yap (kanan saya), Lim (kiri saya)  Lim Qi Hui sedang membentangkan kajian tindakan beliau yang berjaya mengha

Seminar Kajian TIndakan Pelajar PISMP Semester 8 Tahun 2014

Image
Pada 30 September 2014 - 2 Oktober 2014 yang lalu, telah berlangsung Seminar Kajian Tindakan Pelajar PISMP Semester 8 IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor. Seminar ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Nazaria bin Mohd Amin yang mewakili Pengarah IPGKTI. Seminar ini bertujuan menyediakan satu platform bagi para pelajar untuk membentangkan hasil kajian tindakan mereka semasa menjalani sesi praktikum yang lepas. Alhamdulillah, semester ini telah diberi amanah untuk menyelia dua orang pelajar 8PISMP Opsyen SN/PJ/BC iaitu Cik Lim Qi Hui dan Cik Yap May Chewn. Mereka telah berjaya menyelesaikan kajian tindakan dengan baik dan turut menghasilkan inovasi dalam kajian tersebut. Pada sesi pembentangan selari, mereka turut berpeluang untuk berkongsi hasil kajian mereka dengan rakan-rakan lain. Sesi soal jawab turut membantu mereka dalam memperbaiki mutu penghasilan kajian dan inovasi mereka.

Kajian Lapangan di Institut Biodiversiti Kebangsaan, Bukit Rengit, Pahang dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Pahang

Image
Pada 21 - 23 Ogos 2014, para pelajar 4PISMP SN/BC/PK Ambilan Jan 2013 dan 1PISMP Sains Ambilan Jun 2014 telah mengikuti satu kajian lapangan bagi kursus SCE3073 Ekosistem dan Biodiversiti dan SCE3013 Hidupan dan Proses Kehidupan. Kajian lapangan ini telah diadakan di Institut Biodiversiti Kebangsaan, Bukit Rengit, Pahang dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Pahang. Kajian lapangan ini bertujuan memenuhi keperluan kursus dan para pelajar didedahkan dengan pengalaman menjalankan kajian saintifik di kawasan Rezab Hidupan Liar Krau, Pahang. Lawatan ini disertai juga oleh tiga orang pensyarah dan dua orang pemandu bas iaitu Pn. Faridah binti Suratman, En. Muhd Fariz bin Ismail, En. Kok Kean Hin, En. Jais bin Samingan dan En. Hermie bin Mohmad.  Pelbagai aktiviti dijalankan merangkumi aktiviti amali, perbincangan kumpulan, pelaksanaan aktiviti PPIK, merentas hutan, melawat bilik interpretasi dan makmal awetan hidupan liar serta taklimat berkaitan PERHILITAN secara am