7 PERKARA INI PERLU DIJAGA OLEH ORANG MUKMIN AGAR MANTAP IMANNYA
Hujan yang turun dengan lebat
petang itu memang dijangka. Seawal jam 4 petang kelihatan langit kelihatan
gelap terkandung molekul-molekul H20 yang menunggu masa tercurah
membasahi bumi Serdang. Hmmm..... Macam
‘skema’ pulak ayat kat atas ni. Hehehe....
Saya melewati satu kawasan di
Jalan Reko yang kelihatan kotor kerana banjir lumpur kilat yang baru surut.
Syukurlah tak lalu masa banjir berlaku. Penuh dengan tanah merah di atas jalan
raya. Nak pendekkan cerita, kereta memang dipalit lumpur sana-sini lah. Memang
musim hujan sekarang ni. Asal petang , hujan... Asal petang, hujan... Terdetik juga di dalam hati ini , kenapalah
aku lalu sini, dah kotor kereta ... Kalau tak lalu tentu tak kotor tadi....
Haishhhh....
Sampai sahaja di rumah, urus diri
dan jamah sedikit makanan, saya duduk dan terpandang kitab Mukashafah al-Kulub,
karya Imam al-Ghazali yang telah diterjemahkan di atas meja. Maka , saya ambil
dan membelek-belek sehingga terhenti tatkala melihat apa yang dikatakan oleh
Abu Laits as-Samarqandi tentang TANDA-TANDA TAKUT KEPADA ALLAH. Saya membaca Surah Al-Hijr, ayat 45 yang
bermaksud ,
Maka saya teringat kembali apabila saya mengeluh kerana kotornya kereta apabila melalui kawasan banjir petang itu. Sudah tentunya itu bukanlah sifat yang menunjukkan rasa taqwa. Astaghfirullah... Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya.
“ Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ditempatkan di dalam beberapa syurga, dengan mata air-mata air terpancar padanya"
(Surah Al-Hijr : 45)
Maka saya teringat kembali apabila saya mengeluh kerana kotornya kereta apabila melalui kawasan banjir petang itu. Sudah tentunya itu bukanlah sifat yang menunjukkan rasa taqwa. Astaghfirullah... Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya.
Terus saya membaca TUJUH TANDA
TAKUT KEPADA ALLAH itu dengan teliti. Maka saya kongsikannya di sini sebagai
tatapan dan bacaan untuk sama-sama menjadi peringatan buat saya khususnya dan
untuk para sahabat umumnya. Insha Allah.
Pertama, pada LISANNYA. Orang
yang takut kepada Allah akan mengelakkan daripada membasahkan lidahnya daripada
berdusta, ghibah (mengumpat), menyebarkan fitnah, berbual kosong dan banyak
bercakap. Tetapi akan disibukkan dengan berzikir, membaca Al-Quran,
bermuzakarah ilmu atau bermunaqashah sesama sahabat.
Kedua, pada HATINYA. Orang yang takut
kepada Allah akan membuang rasa permusuhan dan dengki kepada sahabatnya.
Membuang rasa hasad lantaran hasad akan memakan kebaikan-kebaikan yang telah
dibuat.
Ketiga, pada PANDANGANNYA. Orang
yang takut kepada Allah akan tidak suka pada melihat hal-hal yang haram. Tidak
terpikat pada dunia dan memandang dunia sebagai iktibar.
Keempat, pada PERUTNYA. Orang
yang takut kepada Allah maka perutnya tidak diisi dengan makanan dan minuman yang
haram. Menjauhi makanan syubhah itu adalah lebih baik bagi mereka.
Kelima, pada KEDUA TANGANNYA.
Orang yang takut kepada Allah akan menggunakan nikmat tangan yang dikurniakan
oleh Allah untuk melakukan ibadah dan perkara-perkara kebaikan sahaja. Elak melakukan
perkara haram dan mungkar.
Keenam, pada KAKINYA. Orang yang
takut kepada Allah , tidak akan menggunakan kakinya untuk berjalan ke
tempat-tempat maksiat tetapi melangkah untuk taat kepada Allah, mencari
keredhaan Allah dengan melangkah ke majlis-majlis ilmu bertemu orang-orang
soleh.
Dan, ketujuh, pada KETAATANNYA.
Orang yang takut kepada Allah akan menjadikan mujahadahnya dalam beribadah
hanyalah kerana Allah dengan menepikan rasa riak, takbur, sombong dan sifat
munafik.
Nah, TUJUH TANDA ini boleh
dijadikan sebagai penanda aras kepada diri dalam usaha memperbaiki diri agar
lebih bertakwa kepada Allah hari demi hari. Benarlah kata-kata Allah SWT di
dalam firmanNya, Surah At-Taubah, ayat 4 , yang bermaksud,”
“ Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertakwa kepadaNya”
(Surah At-Taubah : 4)
Maka, saya teringat juga suatu
ketika dahulu. Ada seseorang insan ini yang bertanya kepada seorang ustaz.
“Ustaz, saya ini banyak melakukan dosa dan maksiat. Bila saya nak solat, terasa
segan pun ada. Bukan dengan orang lain, tetapi segan dengan diri sendiri.
Akhirnya , saya tak solat sebab rasa macam munafik je,” kata insan tersebut.
Maka, ustaz itu pun menjawab , “Sifat manusia adalah tidak terlepas daripada
kelalaian dan kesilapan. Justeru Rasulullah SAW dalam sabda Baginda yang
mafhumnya ‘Iringkanlah perbuatan jahat itu dengan perbuatan yang baik,
mudah-mudahan yang baik itu memadam yang jahat’ .
Maka, andaikata terbuat salah
atau maksiat, segeralah menampalnya dengan kebaikan dan ibadah yang lain serta
mohonlah keampunan. Insha Allah, lama-kelamaan sedikit demi sedikit kemaksiatan
akan beransur hilang dengan mujahadah dan istiqamah kepada ibadah. Insha Allah
akan hadir manisnya iman itu.
Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Sulaiman bin Harb, beliau berkata Syu’bah meriwayatkan kepada kami dari Qatadah, dari Anas RA, dari Nabi SAW, beliau bersabda ;
“Ada tiga perkara, siapa saja memiliki ketiga perkara tersebut, nescaya ia akan merasakan manisnya iman, (1) Allah dan Rasul-Nya menjadi yang paling ia cintai daripada selain keduanya. (2) Mencintai seseorang kerana Allah semata. (3) Benci kembali kepada kekufuran sebagaimana ia benci dilemparkan ke dalam api.” (Fathul Bari, Syarah Shahih Bukhari, Kitab Wahyu dan Iman, no.21)
Justeru, ayuhlah sama-sama kita
mendekatkan diri kepada Allah dengan melaksanakan segala yang disuruh oleh
Allah dan meninggalkan segala laranganNya agar melahirkan rasa taqwa . Insha
Allah.
Bagaimana? Mudah sahaja. Jom ke
surau dan masjid solat berjemaah dan dengar kuliah Maghrib. Boleh? Tanamkanlah
niat... Allah akan permudahkan. Insha Allah.
Sumber :
1. Tafsir Al-Quran (Tafsir
Ar-Rahman)
2. Fathul Bari, Syarah Shahih
al-Bukhari oleh Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani
Comments
Post a Comment