Kajian Lapangan di Institut Biodiversiti Kebangsaan, Bukit Rengit, Pahang dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Pahang
Pada 21 - 23 Ogos 2014, para pelajar 4PISMP SN/BC/PK Ambilan Jan 2013 dan 1PISMP Sains Ambilan Jun 2014 telah mengikuti satu kajian lapangan bagi kursus SCE3073 Ekosistem dan Biodiversiti dan SCE3013 Hidupan dan Proses Kehidupan. Kajian lapangan ini telah diadakan di Institut Biodiversiti Kebangsaan, Bukit Rengit, Pahang dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Pahang.
Kajian lapangan ini bertujuan memenuhi keperluan kursus dan para pelajar didedahkan dengan pengalaman menjalankan kajian saintifik di kawasan Rezab Hidupan Liar Krau, Pahang. Lawatan ini disertai juga oleh tiga orang pensyarah dan dua orang pemandu bas iaitu Pn. Faridah binti Suratman, En. Muhd Fariz bin Ismail, En. Kok Kean Hin, En. Jais bin Samingan dan En. Hermie bin Mohmad.
Pelbagai aktiviti dijalankan merangkumi aktiviti amali, perbincangan kumpulan, pelaksanaan aktiviti PPIK, merentas hutan, melawat bilik interpretasi dan makmal awetan hidupan liar serta taklimat berkaitan PERHILITAN secara amnya. Seramai 5 orang fasilitator yang terlibat dalam membantu perlaksanaan program ini dengan jayanya.
Tiba ke penginapan di IBD Bukit Rengit, Pahang
Sesi taklimat oleh pegawai IBD
Perbincangan kumpulan untuk tugasan yang diberikan
Sedang menunjuk ajar seorang pelajar dalam melengkapkan tugasan
Pelajar 1PISMP sedang menikmati minum petang
Slot taklimat oleh pegawai IBD
Pintu gerbang ke kawasan perkhemahan dan dewan terbuka
Pn Che Nurulasikin, Pen.Pengarah IBD sedang memberikan taklimat umum berkaitan IBD dan PERHILITAN
Pejabat IBD
Sesi bergambar bersama 4PISMP SN/BC/PK
Menonton video berkaitan peranan IBD dan PERHILITAN
Aktiviti kajian PPIK : Ekosistem Biota Tanah
Para pelajar sedang menjalankan kajian di kawasan rezab hidupan liar
Fasilitator sedang membantu para pelajar ketika menjalankan aktiviti 'plot sampling'
Pelajar sedang menjalankan aktiviti di dewan terbuka
Taklimat keselamatan sebelum aktiviti merentas hutan
Aktiviti rentas hutan
Pokok tualang , salah satu pokok yang besar di hutan ini
Pendakian bukit semasa merentasi hutan
Antara halangan yang perlu ditempuhi
Pelajar khuyuk mendengar penerangan oleh fasilitator
Barbeque....!!
Gembira sungguh para pelajar dapat menjalankan aktiviti ini
Persembahan kumpulan
Barisan pensyarah dan fasilitator yang terlibat
Pn Faridah memberikan ucapan penutup program
Cenderahati kepada pihak IBD
Bergambar kenangan di perkarangan pejabat Institut Biodiversiti Kebangsaan, Bukit Rengit, Pahang
Aktiviti di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah
Berpeluang memberi makan kepada anakvgajah
Menunggu untuk persembahan gajah
Comments
Post a Comment