Karnival Sains & Teknologi Peringkat Negeri Sembilan 2012

3 - 5 Julai 2012
SMV Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan Darul Khusus
_________________________________________________________________________________

SMK Panchor, Seremban, Negeri Sembilan menghantar pasukan Karnival Sains & Teknologi (KASTEK) yang terbesar apabila menyertai semua acara yang dipertandingkan bagi kategori Sekolah Menengah. Pada edisi 2012 ini, SMK Panchor menyertai kategori-kategori seperti Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket, Pertandingan Bot Solar, Pertandingan Kereta Solar, Pertandingan 'Energy Efficiency Cooking' (EEC), Pertandingan Saintis Muda dan Pertandingan Inovasi Sains dan Kejuruteraan.

 Para peserta 'Solar Car' sedang sibuk menyiapkan kereta


 Penerangan semasa sesi soal-jawab persembahan multimedia


 Tiga orang peserta perempuan sedang memeriksa bahan inovasi mereka yang berasaskan mop pintar


 Inilah hasil kereta solar yang telah dibina oleh peserta SMK Panchor


 Para peserta perempuan yang sedang sibuk menyiapkan dapur cekap tenaga





 Ini pula adalah peserta solar bot yang bersiap sedia melancarkan bot mereka


 Beberapa idea dan penambahbaikan dilontarkan untuk mendapar hasil yang terbaik


 Inovasi bot solar yang dihasilkan


 Trek perlumbaan bot solar



Pengujian dapur cekap tenaga sedang berlangsung

 Dua orang wakil SMK Panchor bagi kategori teknologi pelancaran roket


Persediaan bagi melancarkan roket ke udara

Walau bagaimanapun, wakil-wakil SMK Panchor tidak berjaya untuk menempatkan dalam kedudukan terbaik bagi setiap kategori. Tahniah buat semua peserta dan guru pembimbing kerana komitmen yang sanggup diberikan bagi menyertai KASTEK 2012. Cuba lagi tahun berikutnya

Comments

Popular posts from this blog

Kajian Lapangan di Institut Biodiversiti Kebangsaan, Bukit Rengit, Pahang dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Pahang

Kursus Papan Tanda Akrilik