Pada 21 - 23 Ogos 2014, para pelajar 4PISMP SN/BC/PK Ambilan Jan 2013 dan 1PISMP Sains Ambilan Jun 2014 telah mengikuti satu kajian lapangan bagi kursus SCE3073 Ekosistem dan Biodiversiti dan SCE3013 Hidupan dan Proses Kehidupan. Kajian lapangan ini telah diadakan di Institut Biodiversiti Kebangsaan, Bukit Rengit, Pahang dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Pahang. Kajian lapangan ini bertujuan memenuhi keperluan kursus dan para pelajar didedahkan dengan pengalaman menjalankan kajian saintifik di kawasan Rezab Hidupan Liar Krau, Pahang. Lawatan ini disertai juga oleh tiga orang pensyarah dan dua orang pemandu bas iaitu Pn. Faridah binti Suratman, En. Muhd Fariz bin Ismail, En. Kok Kean Hin, En. Jais bin Samingan dan En. Hermie bin Mohmad. Pelbagai aktiviti dijalankan merangkumi aktiviti amali, perbincangan kumpulan, pelaksanaan aktiviti PPIK, merentas hutan, melawat bilik interpretasi dan makmal awetan hidupan liar serta taklimat berkaitan PERHILITAN secar...
Pada 9 dan 10 Mac 2014, Jabatan Kemahiran Hidup, IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor telah menganjurkan satu kursus kemahiran menghasilkan papan tanda akrilik. Kursus ini dikendalikan oleh Tuan Haji Radin Khairudin bin Mohammad, En. Raja Zulkifli dan En Rahmat. Rata-rata para peserta adalah dari kalangan staf sokongan. Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa pensyarah yang berminat menyertai kursus ini. Kursus ini sememangnya sangat berguna untuk meningkatkan kemahiran dalam penghasilan papan tanda yang bersaiz kecil seperti tanda nama meja, bilik, tanda nama pokok bunga dan lain-lain lagi. Kemahiran yang diajarkan ini memerlukan ketekunan dan kesabaran yang tinggi agar mutu penghasilan papan tanda tersebut berkualiti. Meja kerja dan beberapa alatan yang digunakan dalam penghasilan papan tanda akrilik Dua keping papan tanda yang sedang dalam pembikinan Salah satu papan tanda untuk nama bunga Ini salah satu proses membuka pelekat dan terserlah hasilnya ...
3 - 5 Julai 2012 SMV Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan Darul Khusus _________________________________________________________________________________ SMK Panchor, Seremban, Negeri Sembilan menghantar pasukan Karnival Sains & Teknologi (KASTEK) yang terbesar apabila menyertai semua acara yang dipertandingkan bagi kategori Sekolah Menengah. Pada edisi 2012 ini, SMK Panchor menyertai kategori-kategori seperti Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket, Pertandingan Bot Solar, Pertandingan Kereta Solar, Pertandingan 'Energy Efficiency Cooking' (EEC), Pertandingan Saintis Muda dan Pertandingan Inovasi Sains dan Kejuruteraan. Para peserta 'Solar Car' sedang sibuk menyiapkan kereta Penerangan semasa sesi soal-jawab persembahan multimedia Tiga orang peserta perempuan sedang memeriksa bahan inovasi mereka yang berasaskan mop pintar Inilah hasil kereta solar yang telah dibina oleh peserta SMK Panchor Para peserta perempu...
Comments
Post a Comment