| 1 Hari , 1 Ayat Al-Quran | ~ Surah An- Nisa' : 40


Surah An-Nisa' , Ayat 40





Maksudnya :

"Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu) dan kalaulah (amal yang seberat zarah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar."

Pengajaran ayat :

1. Allah menyatakan bahawa Dia tidak akan menghukum hambaNya dengan tidak adil pada Hari Pembalasan kelak, walaupun seberat zarah sekalipun. Malahan, Allah akan mengurniakan kepada mereka ganjaran berganda sekiranya mereka melakukan amalan kebajikan.

2. Sebagai hamba Allah, kita wajib percaya bahawa segala amalan yang kita lakukan di dunia ini akan dibalas oleh Allah swt.

3. Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang , apabila menggandakan pahala amal kebajikan yang kita lakukan itu walaupun amalan itu kita rasakan kecil.

4. Sebagai Muslim , kita perlu sentiasa beristiqomah dalam mengerjakan amal baik dan meninggalkan amalan yang buruk


* Pengajaran yang dinyatakan di atas adalah pandangan dan refleksi saya. Saudara/saudari boleh juga memberikan komen dan refleksi sebagai tambahan bagi memberi nilai tambah dalam entri ini. Semoga bermanfaat buat semua


" ISLAM : Selamat & Menyelamatkan "



Comments

Popular posts from this blog

Kajian Lapangan di Institut Biodiversiti Kebangsaan, Bukit Rengit, Pahang dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Pahang

Kursus Papan Tanda Akrilik

Karnival Sains & Teknologi Peringkat Negeri Sembilan 2012