Posts

Showing posts from May, 2013

Kursus Pemantapan BIG Pensyarah IPGKTI 2013

Image
Pada 7 hingga 9 Mei 2013 yang lalu, satu kursus pemantapan program Bina Insan Guru atau lebih dikenali sebagai BIG dalam kalangan warga institut pendidikan guru (IPG) bagi para pensyarah baharu telah diadakan. Kursus yang telah disertai kira-kira 30 orang pensyarah itu dianjurkan oleh Unit Ko-Kurikulum dan Unit Latihan Dalam Perkhidmatan , IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru . Kursus ini telah berlangsung di Hotel Seri Malaysia, Mersing dan Teluk Gorek, Mersing. Antara pengisian yang dijalankan adalah seperti 'ice-breaking' , ceramah 'team-building' , taklimat perlaksanaan BIG , aktiviti rentas hutan, mendaki gunung, abseiling, senaman pagi dan berakit.  Aktiviti-aktiviti ini telah dibimbing oleh para fasilitator dari kalangan pensyarah senior yang bertugas di Unit Ko-kurikulum dan juga di Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPGKTI. Secara keseluruhannya, kursus ini berjaya memberi pendedahan awal dan pemantapan ilmu bagi pensyarah baharu tentang perlaksanaan dan pe...

| 1 Hari , 1 Ayat Al-Quran | Surah Al-Imran , Ayat 57

Pengajaran ayat : 1. Sebagai orang yang beriman kepada Allah, kita wajib mengerjakan amal soleh di sepanjang hayat dunia ini. 2. Allah akan memberikan setiap kebaikan yang kita lakukan dengan ganjaran pahala. 3. Orang-orang yang zalim mendapat kemurkaan daripada oleh Allah. 4. Dalam kehidupan, kita sentiasa beringat akan balasan oleh Allah kepada kita di atas amalan yang kita jalankan di dunia. Pengajaran yang dinyatakan di atas adalah pandangan dan refleksi saya. Saudara/saudari boleh juga memberikan komen dan refleksi sebagai tambahan bagi memberi nilai tambah dalam entri ini. Semoga bermanfaat buat semua " ISLAM : Selamat & Menyelamatkan "

| Video Sumber | Apakah itu BIODIVERSITI ?

Image
  Apakah itu Biodiversiti ? Sila tonton video ringkas ini untuk muqaddimah apa yang dimaksudkan dengan biodiversiti secara ringkas. 

15 Mei ~ Hari An-Nakbah Palestin, 65 tahun berlalu..

Image
Sumber gambar : Laman Web Aqsa Syarif Berhad di http://www.aqsasyarif.org.my/v3/ Umum mengetahui Palestin merupakan sebuah negara yang sedang dicabuli oleh rejim Zionis Israel dengan rakus dan angkuhnya. Sedikit demi sedikit bumi Palestin dirampas dan warga Palestin diusir dengan tanpa rasa belas kasihan tanpa mengira umur dan jantina. Kanak-kanak, warga tua malahan kaum wanita dilayan dengan kasar dan kejam. Rumah dan bangunan hancur dibom dan digempur oleh tentera Zionis seolah-olah perilaku mereka itu halal bagi mereka. Peristiwa ini saban hari kita dengar di media-media massa dengan kejadian pengeboman, pertempuran dan pelarian berlaku di wilayah Timur Tengah itu. Per is tiwa ini turut me narik perhat ian rakyat dunia yang memberikan pelbagai reaksi terhadap tindakan keter laluan rejim Zionis Israel kepada rakyat Palestin.  Di Malaysia, antara organisasi yang aktif dal am gerakan membantu rakyat Palestin ada lah Aqsa Syarif yang diketuai oleh Prof Madya Dr Hafidzi Moh...

| 1 Hari , 1 Ayat Al-Quran | ~ Surah An-Nisa' : Ayat 82

Image
Surah An-Nisa' , Ayat 82 Maksudnya : " Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya." Pengajaran ayat : 1. Allah memerintahkan agar umat manusia mengikut dan menuruti segala kandungan yang ada dalam Al-Quran tanpa mengambil sedikit dan meninggalkan sedikit yang lain. 2. Al-Quran adalah datangnya dari Allah swt dan bukannya dari hasil tulisan manusia. 3. Sekiranya A-Quran ini merupakan hasil tulisan manusia, nescaya akan terdapat percanggahan dan ketidakpastian malah mungkin kesalahan dalam penulisan. Justeru, Kita wajib mempercayai bahawa Al-Quran yang sempurna ini datangnya dari Allah yang disampaiakan kepada manusia melalui Nabi Muhammad saw. 4. Sebagai muslim, kita wajib mempelajari isi Al-Quran dan mengamalkan dalam kehidupan seharian kerana Al-Quran merupakan panduan bagi umat Islam di dunia...

| 1 Hari , 1 Ayat Al-Quran | ~ Surah An- Nisa' : 40

Image
Surah An-Nisa' , Ayat 40 Maksudnya : "Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu) dan kalaulah (amal yang seberat zarah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar." Pengajaran ayat : 1. Allah menyatakan bahawa Dia tidak akan menghukum hambaNya dengan tidak adil pada Hari Pembalasan kelak, walaupun seberat zarah sekalipun. Malahan, Allah akan mengurniakan kepada mereka ganjaran berganda sekiranya mereka melakukan amalan kebajikan. 2. Sebagai hamba Allah, kita wajib percaya bahawa segala amalan yang kita lakukan di dunia ini akan dibalas oleh Allah swt. 3. Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang , apabila menggandakan pahala amal kebajikan yang kita lakukan itu walaupun amalan itu kita rasakan kecil. 4. Sebagai Muslim , kita perlu sentiasa beristiqomah dalam mengerjakan amal baik dan meninggalkan amalan yang buruk * Pengajaran yang...