Kursus Pemantapan BIG Pensyarah IPGKTI 2013


Pada 7 hingga 9 Mei 2013 yang lalu, satu kursus pemantapan program Bina Insan Guru atau lebih dikenali sebagai BIG dalam kalangan warga institut pendidikan guru (IPG) bagi para pensyarah baharu telah diadakan. Kursus yang telah disertai kira-kira 30 orang pensyarah itu dianjurkan oleh Unit Ko-Kurikulum dan Unit Latihan Dalam Perkhidmatan , IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru . Kursus ini telah berlangsung di Hotel Seri Malaysia, Mersing dan Teluk Gorek, Mersing. Antara pengisian yang dijalankan adalah seperti 'ice-breaking' , ceramah 'team-building' , taklimat perlaksanaan BIG , aktiviti rentas hutan, mendaki gunung, abseiling, senaman pagi dan berakit. 

Aktiviti-aktiviti ini telah dibimbing oleh para fasilitator dari kalangan pensyarah senior yang bertugas di Unit Ko-kurikulum dan juga di Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPGKTI. Secara keseluruhannya, kursus ini berjaya memberi pendedahan awal dan pemantapan ilmu bagi pensyarah baharu tentang perlaksanaan dan pengurusan program BIG yang setiap tahun akan dijalankan bagi para pelajar IPG. 

Alhamdulillah, semoga pendedahan dan pengalaman yang dapat ditimba semasa program ini akan digunakan dan dipraktikkan oleh para pensyarah dalam menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan kelak. 

Firman ALLAH bermaksud:

“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat.” (Surah an-Nisa : ayat 58).


Dewan Pak Malau, Hotel Seri Malaysia, Mersing

Taklimat oleh En Abd Latif bin Awi, Pensyarah Kanan Unit Ko-Kurikulum kepada para peserta sebelum berlepas menaiki bas ke kaki Gunung Arong


 Taklimat sebelum pendakian turut diberikan oleh renjer bertugas, En. Zaharudin Othman



 Alhamdulillah, berehat bersama rakan, Ramesh, di puncak gunung Arong


 Ketika menuruni gunung untuk ke kawasan permulaan pendakian

 Pokok ini menimbulkan rasa kagum kepada kebesaran Allah swt.. Dari dua batang pokok berbeza, kemudian bersatu di bahagian atasnya...


 Ketika berada di puncak Gunung Arong


 
 Abseiling di PLKN Sekakap, Mersing

Comments

Popular posts from this blog

Kajian Lapangan di Institut Biodiversiti Kebangsaan, Bukit Rengit, Pahang dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Pahang

Kursus Papan Tanda Akrilik

Karnival Sains & Teknologi Peringkat Negeri Sembilan 2012