Tok Guru Dato' Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat (1931-2015)
Khamis, malam Jumaat .. 12 Februari 2015
Seorang ulama' dan pemimpin Islam yang tersohor di bumi Malaysia dan di dunia , iaitu Tuan Guru Dato' Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat telah kembali ke pangkuan Penciptanya. Beliau yang lebih sinonim dengan panggilan Tok Guru merupakan antara pemimpin yang menjadi ikon Islam yang giat menyebarluaskan dakwah dan memperjuangkan Islam di bumi Malaysia khususnya. Keperibadiannya yang zuhud, akhlaknya yang mencontohi para Nabi, kepimpinannya yang disegani, kesederhanaannya , amanah dalam tanggungjawab dan sebagainya menjadi contoh yang perlu diikuti oleh masyarakat Islam .
Seingat saya, saya pernah sekali menjejakkan kaki ke halaman rumah beliau dan bersalaman dengan beliau. Walaupun hanya mengenali beliau menerusi media, suratkhabar, berita , buku-buku hasil tulisan beliau, ceramah dan kuliah tetapi hati ini begitu sebak tatkala mengetahui pemergian beliau bertemu Penciptanya. Pada saya, beliau menjadi antara contoh ilmuwan dan ulama' pewaris para Nabi yang boleh dilihat secara visual cara hidup Islam yang diamalkannya. Apabila memikirkan diri saya nak dibandingkan dengan beliau, terlalu banyak yang perlu saya perbaiki dan saya insafi...
Terima kasih Tok Guru di atas segala ilmu dan contoh tauladan yang telah ditinggalkan kepada kami. Tok Guru telah mengingatkan kepada kami betapa pentingnya tanggungjawab seorang Islam agar mendaulatkan syiar Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw ke seluruh pelusuk alam dengan keimanan kepada Allah swt sebagai Tuhan Semesta Alam. Saya mendoakan agar Tok Guru berada dalam kalangan para orang soleh dan dimasukkan ke dalam syurga Allah swt...
Al- Fatihah
Comments
Post a Comment