Selamat Hari Guru

Firman Allah SWT
لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِى رَسُولِ ٱللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌۭ لِّمَن كَانَ يَرْجُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلْيَوْمَ ٱلْءَاخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرًۭا


“Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang terbaik iaitu bagi sesiapa yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah ta’ala dan (balasan baik) hari Akhirat, serta ia juga menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (di dalam masa sedih dan senang).” (Surah Al-Ahzab:Ayat 21)

Rasulullah saw merupakan contoh ikutan terbaik yang diutuskan oleh Allah kepada umat manusia. Sirah Nabi saw telah menunjukkan betapa Baginda telah berjaya menghasilkan ramai tokoh ternama seperti Saidina Abu Bakar As Siddiq, Saidina Umar Al-Khattab , Saidina Usman bin Affan , Saidina Ali bin Abi Talib dan ramai lagi yang menuruti para sahabat baginda.

Rasulullah berpandangan jauh dalam sesuatu perkara, menegur dengan penuh berhemah dan lemah lembut serta memberi bimbingan secara terperinci tentang sesuatu kesalahan, sabar dalam menghadapi kerenah musuh-musuh Islam, tidak pilih kasih , bersikap adil apabila menyelesaikan perbalahan dan pelbagai lagi akhlak terpuji serta perlakuan yang menjadi contoh terbaik buat umat manusia.

Tugas mendidik dan mengajar ini merupakan satu tugas yang mulia di sisi Islam. Cabaran dan masalah kian hadir menguji para guru yang sentiasa berdepan dengan kerenah anak murid yang pelbagai. Tidak dinafikan peranan guru adalah sangat penting dalam menangani masalah sosial yang sedang melanda anak-anak muda dan masyarakat manusia kini.

Justeru, marilah sama-sama kita warga guru mengambil tauladan dan iktibar serta menjadikan Rasulullah saw sebagai contoh ikutan apabila mendidik generasi-generasi kini . Kepimpinan dan akhlak Baginda yang tiada tolok banding itu merupakan solusi kepada permasalahan yang timbul dan kian meruncing kini dengan berpandukan nas Al-Quran dan Hadis. Insha Allah..

SELAMAT HARI GURU

GURU PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI





Comments

Popular posts from this blog

Kajian Lapangan di Institut Biodiversiti Kebangsaan, Bukit Rengit, Pahang dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Pahang

Kursus Papan Tanda Akrilik

Karnival Sains & Teknologi Peringkat Negeri Sembilan 2012