Persidangan Meja Bulat "Pendidikan dan Kesedaran Alam Sekitar : Penelitian dan Pemantapan Modul dan Kurikulum Menerusi Pendekatan Agama
Pada Selasa 12 November 2013, satu persidangan meja bulat berkaitan Pendidikan dan Kesedaran Alam Sekitar telah diadakan di Dewan Besar Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) . Persidangan selama sehari itu telah menampilkan YBhg. Prof. Dato' Dr Abd Latiff Mohammed, Pengerusi WWF Malaysia selaku pengerusi persidangan. Panel pembentang kertas kerja terdiri daripada YBhg. Prof Datin Dr Azizan bt Baharudin (Timbalan Pengarah IKIM), Cik Rosmidzatul Azila bt Mat Yamin (Pegawai Penyelidik Kanan IKIM), Cik Noorsiha binti Ayob, Pegawai Penyelidik Kanan, Program FRIM-WHS-UNESCO, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Encik Abu Bakar bin Yang Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Wakaf Selangor.
Persidangan dimulakan oleh YBhg. Prof. Dato' Dr Abd Latiff bin Mohammed. Pengerusi WWF Malaysia
Backdrop Persidangan Meja Bulat
Bersama Cikgu Ismail Saliyan yang turut sama menyertai Persidangan Meja Bulat ini
Persidangan ini
bertujuan meneliti dan membahaskan keperluan pendidikan alam sekitar diterapkan
sebagai salah satu mata pelajaran secara berasingan dari kurikulum pembelajaran
di sekolah. Di samping itu, persidangan ini turut mengetengahkan pendekatan
Islam dalam memastikan pendidikan alam sekitar lebih berkesan kepada masyarakat
dan mengenalpasti saranan-saranan yang sesuai untuk memantapkan lagi mutu
pendidikan alam sekitar agar tahap kesedaran dalam kalangan masyarakat dapat dipertingkatkan.
Comments
Post a Comment