Posts
Showing posts from May, 2014
Selamat Hari Guru
- Get link
- X
- Other Apps
Firman Allah SWT لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِى رَسُولِ ٱللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌۭ لِّمَن كَانَ يَرْجُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلْيَوْمَ ٱلْءَاخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرًۭا “Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang terbaik iaitu bagi sesiapa yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah ta’ala dan (balasan baik) hari Akhirat, serta ia juga menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (di dalam masa sedih dan senang).” (Surah Al-Ahzab:Ayat 21 ) Rasulullah saw merupakan contoh ikutan terbaik yang diutuskan oleh Allah kepada umat manusia. Sirah Nabi saw telah menunjukkan betapa Baginda telah berjaya menghasilkan ramai tokoh ternama seperti Saidina Abu Bakar As Siddiq, Saidina Umar Al-Khattab , Saidina Usman bin Affan , Saidina Ali bin Abi Talib dan ramai lagi yang menuruti para sahabat baginda. Rasulullah berpandangan jauh dalam sesuatu perkara, menegur dengan penuh berhemah dan lemah lembut serta memberi bimbingan secara terperinc...
Kursus Papan Tanda Akrilik
- Get link
- X
- Other Apps
Pada 9 dan 10 Mac 2014, Jabatan Kemahiran Hidup, IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor telah menganjurkan satu kursus kemahiran menghasilkan papan tanda akrilik. Kursus ini dikendalikan oleh Tuan Haji Radin Khairudin bin Mohammad, En. Raja Zulkifli dan En Rahmat. Rata-rata para peserta adalah dari kalangan staf sokongan. Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa pensyarah yang berminat menyertai kursus ini. Kursus ini sememangnya sangat berguna untuk meningkatkan kemahiran dalam penghasilan papan tanda yang bersaiz kecil seperti tanda nama meja, bilik, tanda nama pokok bunga dan lain-lain lagi. Kemahiran yang diajarkan ini memerlukan ketekunan dan kesabaran yang tinggi agar mutu penghasilan papan tanda tersebut berkualiti. Meja kerja dan beberapa alatan yang digunakan dalam penghasilan papan tanda akrilik Dua keping papan tanda yang sedang dalam pembikinan Salah satu papan tanda untuk nama bunga Ini salah satu proses membuka pelekat dan terserlah hasilnya ...